Sunday, January 17, 2010

Da`ie dan Hati

            Sebagai da`ie, menjaga hati dari anasir-anasir yang kotor dan keji amat penting, kerana tugas da`ie itu berjalan menggerakkan hati-hati mad`u. Mana mungkin hati yang tercemar dapat memurnikan hati-hati yang sedia tercemar. Antara tanda-tanda hati mati sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya: “siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?” jawab Rasulullah: “tiap mu’min yang makhmumul qalbi.” beliau ditanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumul qalbi?” Baginda menjawab: “Iaitu orang yang amt bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”
            Rasulullah telah mengajar kita cara memelihara hati supaya subur dan bersih. Dalam kesempatan beberapa contoh untuk menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat ruhaniyyah dan ingin mencapai martabat Rabbaniyyin.

a) Zikrullah
Seorang da`ie tentunya tidak sukar untuk memberikan perhatian berat kepada amalan zikir dalam tiap kesempatan dan tindakannya. Rasulullah telah mewariskan kepada kita bebrapa amalan zikir yang boleh dibaca dalam sehari semalam. Doa-doa ma’thurat itu kalu boleh dihafal dan diamalkan selalu, menurut kaifiyat dan masanya nescaya ia boleh tergolong dalam golongan Ulul-Albab.

b) Muraqabatullah
Da`ie patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam setiap tindak tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtutan emosi. Kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan da`ie dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri. Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dengan penambahan pendekatan diri kepada allah dan perasaan bahawa Allah Allah hampir dengan dirinya.

c) Berjihad melawan nafsu
Yahya bin Mu`az berpesan: “berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (laihan rohani).” Latihan riadah ada 4 macam:
1. Sedikit makan
2. Sedikit tidur
3. Bercakap bila perlu
4. Sabar menanggung gangguan orang lain
Dengan kurang makan matilah serakah syahwat. Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih. Apabila kurang bercakap badan selamat. Dan dengan bersabar dengan gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.

            Sebab itu, marilah kita menilai dan menghitung diri kita sebelum kita benar-benar dihitung. Hari ini kita beramal, tidak ada hisab. Pada hari kiamat ialah hari perhitungan bukan beramal. Marilah berdoa kepada Allah memohon sejahtera dan aman dari kehinaan dunia dan akhirat.

Monday, January 4, 2010

Muhasabah Cinta



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, January 2, 2010

Dalam pahit, ada manisnya...

“Qila, jom pi UM, dengar forum e-Voting.”
“Bleh je, lagi pun meeting batal malam ni...”
“Ok, nanti ana amik nti kat kolej”
Beberapa minit kemudian...
“Qila, turun kat cafe, ana kat sana”
“Ok....” “Naik moto ni ke? Moto ni(skuter), ana x tak berani bawak”
“X pe,ana bawak,” kata sahabat
“Ok, hati-hati ye, kita ada lesen T(tawakal) je”...pesanku. Teringat lagi perbualan ketika itu.
Dalam perjalanan, tiba-tiba.... Dush! Subhanallah, buka je mata, dah ada atas jalan raya.
“Qila ok ke?” tanya sahabat. Aku gagahkan diri untuk bangun, walaupun tangan dan kaki terasa sangat sakit. “X pe, ana ok”
“Forum tu tak penting, biar akak hantar pi PK(pusat Kesihatan)”
Pada keesokan harinya, satu sms masuk, dari naqibah.
“Salam, qila ok? X pe, lutut tu nanti jadi saksi kat akhirat. Adik akak semua kuat” Agak tersentuh membaca ayat tu.
Pada sebelah petang, sahabat-sahabat seusrah datang melawat ke bilik. Subhanallah, gembira melihat kehadiran mereka,perasaan sakit hilang sebentar. Melihat muka-muka yang ceria, bertandang bertanya khabar. Nikmat ukhwah dalam jemaah terasa lebih manis dari madu. Kepentingan diri diabaikan demi sahabat yang lain. Alhamdulillah, dipertemukan dengan sahabat seperjuangan. Semoga kita tsabit di jalanNya.

-syukran jazilan kepada sahabat-sahabat seperjuangan, kak husna,kak shifa, shahirah,zulaikha,azizah,auni,wani dan sahabat-sahabat yang tak putus-putus bertanya khabar.

XPDC Dakwah di Malam Tahun Baru

Pengalaman pertama menyertai XPDC Dakwah di malamtahun baru anjuran Gamis merupakan pengalaman bernilai dalam gerak kerja dakwah secara terbuka. XPDC yang melibatkan mahasiswa dari IPTA/S seluruh negara, memperlihatkan gelombang mahasiswa di malam tahun baru di Dataran Merdeka.

Selepas usai solat Isya’, semua mahasiswa berkumpul di hadapan masjid Jamek untuk mendengar taklimat seterusnya pada jam 10 malam semua mahasiswa bergerak bertemu mad`u di sekitar Dataran Merdeka sambil memberi air mineral dan kalender 2010. Subhanallah, pelbagai jenis manusia dan ragam yang hadir melihat konsert di malam tahun baru. Menariknya, ada mad`u yang boleh terima kita dan ada juga sebaliknya, begitulah mehnah orang yang bergelar da`ie... Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita berhenti untuk menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah.

Pada jam 11 malam, semua mahasiswa berkumpul di padang untuk mendengar amanat dari pimpinan Gamis, dan di sinilah terasa bahang suara mahasiswa di khalayak masyarakat. Walaupun populasi mahasiswa yang menyertai XPDC ini tidak seramai populasi mereka yang hadir bagi menyaksikan konsert di malam tahun baru, tetapi, gelombangnya masih terasa. Setelah hampir 1 jam berada di tengah padang, semua mahasiswa bersurai pulang ke kampus masing-masing, tetapi sebelum itu, diiringi laungan takbir!

Pada malam tahun baru, banyak keburukan yang Allah tunjukan di hadapan sepasang mata ini dalam realiti masyarakat Malaysia sekarang, gejala sosial berleluasa, ikhtilat (apatah lagi), botol arak bersepah-sepah, hindonisme, pembaziran wang(untuk konsert+bunga api ), macam-macam lagi.... Itulah realiti Malaysia yang dikatakan negara yang menjadikan Islam agama rasmi, tapi praktikalnya.... (pikir la sendiri...) Sedih memang sedih, tapi kalau pimpinan negara dah macam tu, macam mane pulak dengan rakyat dibawahnya... Ya Allah, semoga Engkau pelihara negara ini dari kecelakaan.. Ameen.

*ana cuba masukkan gambar pada malam kejadian, kemudian...