Sunday, February 28, 2010

Peliknya umat Rasulullah!

Peliknya umatku....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan
seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak
ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya umatku....
sanggup bersesak-sesak, berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5
minit.

Peliknya umatku....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat
kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih
lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok
untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umatku....
s et iap tahun mereka sanggup menjadi penunggu s et ia kepada jam 12 mlm
pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai. .tak kira jantan b et ina d et ik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....
setiap kali menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang
cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan. ....

Friday, February 19, 2010

Semoga Semangatmu Membara dalam Jiwa...!

 
mujahidah Zainab al-Ghazali


Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

Tuesday, February 9, 2010

Perjuangan ini...?

Bismillahiramnirahim...
         Seorang sahabat sewaktu ana masih menuntut di matrikulasi pernah melontar sepotong ayat “kita bukanlah yang terbaik, tetapi kita adalah orang-orang yang terpilih.” Terpilih? Kenapa? Persoalan yang dilontarkan kembali. Alhamdulillah kita dipilih oleh Allah swt untuk menjadi salah seorang ansorullah yang berintima’ dengan gerakan Islam seterusnya menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasulullah saw . Masih ramai sahabat-sahabat di luar sana masih mencari-cari identiti hidup mereka, dimanakah hala tuju hidup mereka di kemudian hari.
         Sayyid Qutb dalam surat terakhir beliau kepada adiknya telah menulis sebelum beliau digantung, “Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Adikku usahlah engkau gerun dengan tali gantung yang akan menjerut leherku ini.” Begitulah kata-kata terakhir seorang mujahid yang mana telah menyerahkan segenap hidupnya untuk Islam.
         Bila mana kita telah meletakkan diri dalam gerakan Islam, kita tidak akan terlepas dalam melakukan gerak kerja untuk Islam. Di alam kampus ini, gerak kerja yang dilaksanakan menjdi salah satu medan pentarbiyah ahli-ahli kepada pembentukan individu muslim. Tetapi perlaksanaan yang rapi perlu dirancang supaya matlamat gerak kerja tersebut mencapai matlamatnya. Seorang sahabat pernah berkata “Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak dirancang.” Oleh yang demikian, strategi yang mantap perlu dirangka sebelum melaksanakan gerak kerja tersebut.
Dengan berbekalkan gerak kerja yang cukup mantap dan mempunyai strategi cukup hebat, semestinya menjanjikan satu keyakinan yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Malangnya, matlamat yang diimpikan itu hanya menjadi impian diawangan, tidak membumi. Dengan itu banyaklah reaksi dan respon yang diberikan oleh ahli apabila perkara sebegini berlaku. Tetapi sejauh mana kita mengambil respon itu sebagai ikhtibar kepada gerak kerja yang akan datang.
          Sedar atau tidak, antara punca yang mengundang kegagalan sesuatu gerak kerja itu berpunca dari ahli itu sendiri selain faktor-faktor luar. Seharusnya, ahli sedar bila kita ditaklifkan untuk melaksanakan gerak kerja Islam, ini bermakna kita telah berjanji membawa panji-panji Islam. Oleh itu, ini bukanlah perkara kecil atau main-main dalam menyempurnakan misi tersebut. Perlu kita fikirkan bersama (muhasabah), bagaimana kita bergerak kerja sepanjang tempoh tersebut. Adakah kita menjaga hubungan kita sesama manusia? Adakah kita menjaga hati sahabat-sahabat dalam bergerak kerja? Yang penting, adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah yang menentukan kejayaan kita bergerak kerja? Terkadang dalam kita sibuk bergerak kerja, perkara-perkara kecil kita lupakan, lama-kelamaan perkara kecil itulah yang menjadi barah yang melumpuhkan gerak kerja.
           Ahli seharunya sedar dan pasakkan dalam diri, kematangan bergerak kerja dari pelbagai segi perincian kerja yang dilakukan. Antara persediaan yang perlu diambil perhatian bagi meneruskan perjuangan yang besar ini ialah, persiapan fikrah – bertanya kembali kepada diri, berapa banyak buku Islam kita baca dan hadam? Berapa banyak hadith-hadith yang telah kita baca dan ikuti? Berapa banyak ayat-ayat Al-Quran yang kita tadabbur? Semua ini, sebagai persiapan dalam melaksanakan gerak kerja. Seterusnya persiapan jiwa, apakah kita telah menjalankan usaha untuk meningkat istiqamah dan iltizam kita dengan ibadah-ibadah dan ajaran Islam sesuai dengan hasrat perjuangan kita. Tanpa persiapan yang jiwa yang cukup agak sukar bagi kita menghadapi tentangan-tentangan semasa dalam gerak kerja. Terakirnya persiapan gerakan, penyusunan organisasi dalam semua peringkat agak gerak kerja lancar dan munazomah.
          Semoga kita tsabit dalam memperjuangkan agama Allah ini. Pesan al-syahid Sayyid Qutb lagi, “jika ikhlas terhadap Allah, maka Allah akan bersama kita masa hidup mahupun mati.”

Sunday, February 7, 2010

Sujudlah kepada PenciptaMu

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

-membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
-membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
-melegakan sakit hernia (burut)
-mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
-melegakan paru-paru daripada ketegangan.
-mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
-kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
-meringankan bahagian pelvis.
-memberi dorongan supaya mudah tidur.
-menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
-pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
-bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
-mengurangkan kegemukan.
-pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
-organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

daripada
drs Idham lim

Wednesday, February 3, 2010

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan...?

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-Baqarah:216)  

 *Sesunggungnya, Allah lbh mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
 
   -Apa yang menurutmu menyusahkan pada awalnya boleh jadi malahmenghasilkan kebahagiaan pada akhirnya,seperti mendung di langit yang awalnyan berkecamuk kilat dan petir yang menakutkan, tetapi akhirnya adalah butiran-butiran hujan yang membawa penghidupan-