Saturday, April 24, 2010

Bidadari di Rumahmu

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: "Para malaikat manyatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah"

Tiba-tiba dengar satu suara :"Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana". Bagaimanapun, bayi itu merasa bimbang dan takut manghadapi dunia yang amat asing baginya.

"Di sini - syurga - apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia", kata bayi itu dengan nada yang sedih. "Jangan kamu bimbang. Bidadari akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan berasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu, kamu akan berasa lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih. "Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajar kamu cara berbicara,"berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak berpuas hati, dia terus juga bertanya, "Aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungiku?"."Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,"balas suara itu. "Tetapi aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begini indah," rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya. Di saat itu, suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkan diberitahu siapakah bidadari iti?". "Kamu akan memanggil bidadari itu... IBU!"

No comments:

Post a Comment