Tuesday, December 29, 2009

Cabaran Umat dan Gerakan Islam

              Gerakan dakwah Islamiyyah adalah satu perjuangan menjunjung tinggi segala perintah Allah bagi mengingatkan umat Islam khasnya untuk terus mengabdikan diri dan berta'abud kepada Allah secara individu mahupun secara kolektif, berjemaah dan bernegara. Ini adalah paksi seruan akidah dan dakwah Islam, yg sesungguhnya adalah teras risalah "Dakwah Ilallah" seluruh para anbia'wal mursalin sejak berzaman yang seterusnya dipikul para Salafus-saleh serta para 'Ulama'wal 'Amilin setiap zaman, selaku penerus risalah ini sehingga Yaumul Qiyamah. Umat Islam yang telah kimited untuk menyahut seruan Dakwah ini diiktiraf Allah SWT seperti firmanNya:
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):"Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu) ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan.Oleh itu, mengembaralah kami di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umau-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya".

               Muktahir ini di Malaysia wujud satu gagasan yang jelas ditanggapi oleh sebahagian besar umat Islam yang sengaja mempertikaikan sedikit peruntukan Islam yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Bermula denagn usaha-usaha untuk menubuhkan Majlis Antara Agama yang bertukar menjadi satu Suruhanjaya yang diberi nama Suruhanjaya Antara Agama Malaysia atau IFCM. Kegiatan kelompokini telah mewujudkan kontroversi dan dilihat mahu mencampurkan bahkan menceroboh amalan dan kepercayaan umat Islam.Pda setiap kontroversi mereka akan berhujah peri-pentingnya mewujudkan IFCM itu sebagai jalan untuk menyelesaikan permasalahan antara agama-agama tersebut. Mereka mula berani mencabar kewibawaan Mahkamah Syariah sendiri dalam pengurusan pindaan Undan-Undang Keluarga islam Wilayah.Rentetan insiden ini jelas memaparkan satu kehendak dan tuntutan golongan tertentu yang cukup prejudis terhadap Islam.

               Dalam kemelut dan krisis untuk mencabar Islam yang sudah pun cukup terhad bidang kuasanya, maka adalah merupakan tanggungjawab setiap peribadi muslim dan pihak berwajib untuk mempertahankan kedaulatan agama Islam. sesungguhnya pengembelingan tenaga seluruh umat Islam adalah wajib dan wajar digunakan untuk memastikan Islam di negara ini selamt daripada segala ancaman bahaya.

              Umat Islam perlu berada dalam jemaah Islam yang betul-betul ingin mempertahankan Islam. Kemelut dan krisis yang dihadapi oleh umat Islam khusunya yang berada di Malaysia hanya dapat diatasi jika umat Islam bersatu dalam satu jemaah kerana perjuangan Islam itu adalah sesuatu yang sukar iaitu untuk memerdekakan manusia dari mengecapi keadilan, kemuliaan serta membebaskan manusia dari ketakutan oleh kuasa yang zalim dan sombong. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tapi mereka mendustakan Rasul kami, lalu Kami timpakan merka azab seksa disebabkan apa yang mereka telah ushakan.

1 comment:

  1. sala'alaik / ...

    salam ziarah dari plembahan nil ...
    apa khabar kamu d sana?
    moga nikmat iman sentiasa bsamamu ..

    ReplyDelete