Sunday, January 17, 2010

Da`ie dan Hati

            Sebagai da`ie, menjaga hati dari anasir-anasir yang kotor dan keji amat penting, kerana tugas da`ie itu berjalan menggerakkan hati-hati mad`u. Mana mungkin hati yang tercemar dapat memurnikan hati-hati yang sedia tercemar. Antara tanda-tanda hati mati sihat ialah bersih dari keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadith Rasulullah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah ditanya: “siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?” jawab Rasulullah: “tiap mu’min yang makhmumul qalbi.” beliau ditanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumul qalbi?” Baginda menjawab: “Iaitu orang yang amt bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki.”
            Rasulullah telah mengajar kita cara memelihara hati supaya subur dan bersih. Dalam kesempatan beberapa contoh untuk menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja yang hendak menurut menjejak langkah orang-orang yang tinggi martabat ruhaniyyah dan ingin mencapai martabat Rabbaniyyin.

a) Zikrullah
Seorang da`ie tentunya tidak sukar untuk memberikan perhatian berat kepada amalan zikir dalam tiap kesempatan dan tindakannya. Rasulullah telah mewariskan kepada kita bebrapa amalan zikir yang boleh dibaca dalam sehari semalam. Doa-doa ma’thurat itu kalu boleh dihafal dan diamalkan selalu, menurut kaifiyat dan masanya nescaya ia boleh tergolong dalam golongan Ulul-Albab.

b) Muraqabatullah
Da`ie patut kerap bermuraqabah dengan Allah dalam setiap tindak tanduk, urusan, perkataan, amalan, perasaan dan runtutan emosi. Kesungguhan bermuraqabah dengan Allah boleh menyelamatkan da`ie dari tergelincir dan menyeleweng. Hatinya sentiasa peka dan menurut kemahuan Allah dan bukan kehendak hati sendiri. Muraqabah dengan Allah akan lebih teguh dengan penambahan pendekatan diri kepada allah dan perasaan bahawa Allah Allah hampir dengan dirinya.

c) Berjihad melawan nafsu
Yahya bin Mu`az berpesan: “berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (laihan rohani).” Latihan riadah ada 4 macam:
1. Sedikit makan
2. Sedikit tidur
3. Bercakap bila perlu
4. Sabar menanggung gangguan orang lain
Dengan kurang makan matilah serakah syahwat. Dengan kurang tidur kemahuan menjadi bersih jernih. Apabila kurang bercakap badan selamat. Dan dengan bersabar dengan gangguan memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju.

            Sebab itu, marilah kita menilai dan menghitung diri kita sebelum kita benar-benar dihitung. Hari ini kita beramal, tidak ada hisab. Pada hari kiamat ialah hari perhitungan bukan beramal. Marilah berdoa kepada Allah memohon sejahtera dan aman dari kehinaan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment